NAK TAU INFO KLIK SINI

Thursday, April 19, 2018

CURI HARUMANIS 4 BIJI NAK BELI KETUM

Di kosmo online hangat diperkatakan sekarang mengenai sesorang pengganggur yang sanggup mencuri mempelam Harumanis iaitu buah kebanggaan rakyat Perlis semata mata nak memuaskan nafsu ketagihnya untuk membeli air ketum...kalau dah curi Harumanis tu for sure la berita ni mesti dari negeri aku sendiri iaitu Perlis... Pemilik kebun berusia 42 tahun menyedari kehadiran suspek yang meninggal sebuah motosikal Yamaha 125Z di kebunnya.
"Suspek hanya sempat memetik empat biji mempelam harumanis sebelum pemilik kebun berjaya menangkapnya.
"Pemilik kebun kemudian menghubungi polis untuk menahan suspek. Hasil siasatan awal mendapati, lelaki itu bertindak sedemikian bagi membeli air ketum bagi menghilangkan ketagihan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Harga empat biji mempelam ikon Perlis itu hanya RM25 dan dipercayai masih belum masak sepenuhnya.
Pemilik kebun itu mempunyai 150 pokok-pokok mempelam harumanis yang telah ditanam selama tiga tahun di kawasan tidak berpagar, sunyi dan jauh dari penempatan penduduk. - sumber kosmo online



Tuesday, April 17, 2018

APA ITU UNDI ROSAK ATAU TIDAK?

Salam semua, apa habaq?
GK nak kongsi sikit tips untuk pada yang pertama kali nak mengundi nanti...tips ni saja GK share kot-kot ada yang tak tahu...
Ketika memgundi nanti korang pikiq betoi2..undi pemimpin yang boleh membantu kawasan korang bukan sebab dia banyak duit tapi kehebatannya dalam memimpin dan memenuhi kriteria sebagai pemimpin berkarisma yang sebenar...
Sebelum tu GK nak kongsi maksud Undi Rosak..

Dalam pengundian pilihan raya, suatu undi dikira rosak jika kertas undi atau alat pengundian yang digunakan disalah tanda. Ia boleh jadi sengaja atau tidak disengajakan. Undi rosak tidak dikira dalam pengiraan undi.
Antara kesalahan tersebut ialah:
  • Tidak dipangkah/dibuat tanda
  • Pangkah semua parti yang ditulis
  • Koyak
  • Membuat sebarang tanda hingga undi tidak lagi sulit
Kertas undi tidak dikira rosak jika ditulis:
  • Tanda O
  • Tanda betul[1]
  • melukis gambar, tetapi masih dalam ruang yang disediakan.
Nanti masa nak mengundi pastikan pangkah tau..jangan dok pi tanda right lak ✓





MAJIKAN YANG ENGGAN BERI KEIZINAN KELUAR MENGUNDI PADA PEKERJA DENDA RM5,000.00

Seperti yang sedia makum tarikh keluar mengundi adalah pada 9 Mei 2018 iaitu pada hari RABU...Pada dasarnya ramai pihak berasa sedikit terkilan mengapa tarikh 9 Mei dipilih untuk pengundi membuang undi...Ini kerana faktor jarak mengundi yang jauh, hari yang jatuh bukan hari cuti minggu dan banyak lgi masalah-masalah lain..

Tetapi memandangkan pilihanraya hanya 5 tahun sekali..dan ini perayaan yang kita amat tunggu-tunggu setiap lima tahun sekali maka setiap permasalahan yang timbul harus kita selesaikan dengan berhemah ...


 SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA KENYATAAN MEDIA Bil.28/2018 SPR SAMBUT BAIK PERISYTIHARAN CUTI UMUM TAMBAHAN OLEH KERAJAAN PADA
 9 MEI 2018 

1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini menyambut baik pengumuman oleh Kerajaan Malaysia bahawa tarikh 9 Mei 2018 ditetapkan sebagai Hari Kelepasan Am tambahan seluruh negara untuk membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggung jawab mereka sebagai pengundi. 

2. Sejajar dengan ini juga SPR ingin menarik perhatian para majikan yang masih meneruskan operasi mereka pada hari mengundi, bahawa tiaptiap majikan dikehendaki memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi-pengundi yang bekerja dengannya untuk keluar mengundi. Subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan seperti yang berikut: 

“25. (1) Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu”. 

3. Majikan yang tidak membenarkan pekerjanya yang menjadi pemilih untuk keluar mengundi boleh didenda sebanyak lima ribu ringgit (RM5000) atau satu tahun penjara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subsekyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

 2 4. Dalam hal ini juga, SPR juga turut menyeru serta menggalakkan pihak majikan untuk menggunakan budi bicara mereka bagi memberikan cuti khas atau pelepasan sewajarnya kepada pekerja-pekerja mereka yang dilantik sebagai Petugas Pilihan Raya Umum Ke-14 ini. 

5. Berhubung pelaksanaan pilihan raya pada 9 Mei 2018 itu juga, SPR menegaskan bahawa ketetapan itu bukanlah suatu perkara yang baharu kerana rekod PRU sebelum ini menunjukkan bahawa ianya telah beberapa kali diadakan pada hari bekerja iaitu pada PRU-1 (1959), PRU Ke-6 (1982), PRU Ke-9 (1995) dan PRU Ke-10 (1999). 

Maka dengan pengumuman cuti umum ini ia sewajarnya tidak dijadikan isu. Malah, pemakluman awal berkenaan tarikh PRU-14 ini juga membolehkan para pengundi mempunyai masa yang secukupnya untuk merancang perjalanan dan sebagainya. 

Sekian dan terima kasih. 

TAN SRI MOHD HASHIM BIN ABDULLAH 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) 
Tarikh : 12 April 2018 / 25 Rejab 1439H

HASIL TANGAN GADIS KAMPUNG

Related Posts with Thumbnails

IKLAN JAP